Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
10 helai daun limau purut atau 5 helai daun kunyit (dihiris
tipis)
Bahan untuk dikisar dan ditumis:
1/2 kg bawang merah - hiris
5 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Bahan Tumis:
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 bungkus serbuk kari ayam
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris
serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta
lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan
sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan
semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping
secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh
taburkan daun kunyit yang dihiris halus atau daun limau purut sebelum ditutup
api. Sedia untuk dihidangkan bersama ketupat daun palas atau lemang di hari
raya.
Kacau sehingga kuah menjadi kering. Bila dah nampak kering.
boleh lah diangkat. Tapi saya biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan
dengan nasi.
Pesanan kasih Sayang :
Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi
warisan ini tidak hilang walau penulisnya sudah tiada.....

No comments:
Post a Comment