Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 12
garam secukupnya
gula secukupnya
1 cawan santan
Bahan bahan untuk dikisar:
15 biji Cili kering
7 biji Cili merah
2 labu Bawang besar
3 labu Bawang putih
2 inci Halia
4 batang Serai (titik)
4 camb Sos tomato & sos cili
4 biji Tomato buah (potong)
Bawang besar (hiris bulat utk hiasan)
Daun sadri sebagai hiasan
Cara cara:
Ayam potong ikut
suka. Dilumur garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.
Bahan bahan lain di
blend dan ditumis hingga garing dan naik minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan
serbuk perasa. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Masukkan ayam yang
telah digoreng. Masukkan santan dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan
tomato dan bawang besar hiris. Sesuaikan kepekatannya dan siap. Tabur daun
sadri sebagai hiasan. Warnanya agak ros kerana dimasukkan santan.
Pesanan kasih Sayang :
Mesti cuba ya...boleh
juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak hilang walau
ibunya sudah tiada.....
No comments:
Post a Comment