Wednesday, July 26, 2017

Ayam Sambal Berlada

Bahan-bahan:
  • daging ayam 1 kg, 
  • daun salam 3 lembar
  • serai 3 batang, cuci bersih dan diketuk
  • lengkuas 3 cm, diketuk
  • air 750 ml
  • minyak secukupnya, untuk menggoreng
Bumbu yang dihaluskan:
  • bawang merah 8 labu
  • bawang putih 5 labu
  • kemiri 3 butir
  • ketumbar 1 sudu makan
  • halia 4 cm
  • garam 1 sudu teh
Bumbu yang dikisar kasar:
  • bawang merah 7 labu
  • bawang putih 4 labu
  • cili keriting merah 15 biji atau  lebih (sesuaikan selera)
  • cili merah besar 5 biji
  • air asam jawa 4 sudu makan
  • gula putih 2 sudu teh
  • tomato 4 biji
  • garam, secukupnya
  • kicap manis, secukupnya
Cara memasak
1.   Bersihkan ayam dan potong sesuai selera. Setelah ayam bersih, rebus ayam dengan menggunakan bumbu yang sudah dihaluskan.
2.   Setelah itu masukan serai, daun salam, lengkuas, dan garam. Masak hingga kuahnya habis dan empuk/ matang.
3.   Setelah ayam matang, toskan kemudian goreng dengan menggunakan minyak yang panas sampai ayam berubah warna menjadi kuning kecoklatan. Goreng ayam hingga habis dan sisihkan.
4.   Siapkan kuali dengan ukuran yang sedang, tumis bumbu yang sudah dikisar kasar sampai harum, kemudian masukkan ayam, aduk-aduk supaya bumbu tercampur. Beri garam, penyedap rasa (jika suka) dan kicap. Aduk kembali, masak seketika.
5.   Setelah rasanya enak dan bumbu sudah mengering menempel dengan ayam, angkat dan taruh diatas piring.
6.   Ayam balado siap disajikan.
Menu olahan ayam balado sambal merah di atas wajib anda coba dan bisa anda sajikan saat keluarga atau tamu datang. Dan resep ayam balado sambal merah ini adalah resep yang sering dibuat orang Padang dengan citarasa yang sangat nikmat dan sedap. Jika anda tidak percaya, anda bisa mencoba dan membuktikan kelezatannya. 
Pesanan kasih Sayang :

Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah tiada ....

Ayam Masak Lemak Padang

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
8 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 asam keping
Garam
Gula
5 helai Daun limau purut 
Santan secukupnya

Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih. Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.

Pesanan kasih Sayang :
Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah tiada ....



Ayam Rosemary


Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 12
garam secukupnya
gula secukupnya 
1 cawan santan 

Bahan bahan untuk dikisar:
15 biji Cili kering
7 biji Cili merah
2 labu Bawang besar
3 labu Bawang putih
2 inci Halia
4 batang Serai (titik)
4 camb Sos tomato & sos cili
4 biji Tomato buah (potong)
Bawang besar (hiris bulat utk hiasan)
Daun sadri sebagai hiasan

Cara cara:
Ayam potong ikut suka.  Dilumur garam dan kunyit dan digoreng separuh masak.  

Bahan bahan lain di blend dan ditumis hingga garing dan naik minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa.  Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.

Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan santan dan sesuaikan rasa.  Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar hiris. Sesuaikan kepekatannya dan siap. Tabur daun sadri sebagai hiasan. Warnanya agak ros kerana dimasukkan santan.

Pesanan kasih Sayang :

Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah tiada..... 

Ayam Goreng Tsunami

Ayam  dipotong kecil
Garam secukupnya
Kunyit secukupnya
3 biji bawang besar hiris
6 biji cili merah hiris
1 inci halia dihiris
2 batang serai dihiris
2 sudu makan serbuk kari ayam
30 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara masak:
Ayam diperap dengan garam kunyit. Goreng ayam hingga agak garing, ketepikan.
Tumis serbuk kari,kalau agak kering boleh ditambah air secukupnya. 
Masukkan  halia, bawang besar dan cili hiris.  Masukkan ayam yang telah digoreng, masukkan daun kari, Goreng lagi hingga layu dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih yang panas. 

Pesanan kasih Sayang :
Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah 

Wednesday, July 19, 2017

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan
Ayam  dipotong kecil
Garam
Kunyit
2 labu bawang besar hiris
4 biji Cili merah hiris
1 inci Halia dihiris
1 cawan Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
 Ayam diperap dengan garam kunyit.  Goreng ayam hingga agak garing, masukkan  halia, bawang besar dan cili hiris.  Goreng lagi hingga layu dan bolehlah dihidangkan.

Pesanan kasih Sayang :

Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah tiada..... 

Ayam Rendang Pedas Cili Padi

Bahan bahan
1 ekor ayam-dipotong 12 ketul
2 helai daun kunyit dihiris 
4 helai daun limau purut
4 sudu besar kerisik
1 senduk cili kisar
2 asam keping

Garam, gula melaka dan serbuk perasa
Santan secukupnya

Bahan bahan dikisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili api
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara-cara
Masukkan ayam, bahan kisar dan cili kisar ke dalam kuali.  Masak sekejap sehingga air ayam agak kering sebelum dimasukkan santan.  Masak sehingga santan hampir kering.

Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.  Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris dan daun limau purut.  Sesuaikan rasa dan kepekatan yang diingini.

Pesanan kasih Sayang :

Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah tiada..... 

Ayam Rendang Resepi Khas Dapur Puan

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 12 
1 biji kelapa (santan pekat)
4 - 5 helai daun limau purut
2 batang serai - titik
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 asam keping
Garam
Gula

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 inci kunyit hidup
15-20 tangkai cili kering

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar sehingga keluar minyak. Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Bila dah naik bau, masukkan pula ayam. 

Bila kuah telah mendidih dan ayam kecut, masukkan pula santan pekat. Kacau rata sehingga hampir pecah minyak.
 

Masukkan kerisik dan daun limau purut. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan bawah nya menjadi hangus. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. 

Kacau sehingga kuah menjadi kering. Bila dah nampak kering. boleh lah diangkat. Boleh juga dibiarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan dengan nasi.

Pesanan kasih Sayang :

Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau ibunya sudah tiada..... 

Ayam Rendang

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap
10 helai daun limau purut atau 5 helai daun kunyit (dihiris tipis)

Bahan untuk dikisar dan ditumis:
1/2 kg bawang merah - hiris
5 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas

Bahan Tumis:
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 bungkus serbuk kari ayam


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus atau daun limau purut sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama ketupat daun palas atau lemang di hari raya.

Kacau sehingga kuah menjadi kering. Bila dah nampak kering. boleh lah diangkat. Tapi saya biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan dengan nasi.
Pesanan kasih Sayang :
Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak  hilang walau penulisnya sudah tiada..... 


Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 12 ketul, lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
250 ml air 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah

Bahan Tumis:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Minyak utk menumis

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
3 batang serai - potong tipis
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
2 sudu besar  cili sos

Bahan bahan hiasan:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
Kacang peas - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata. Tumis sampai pecah minyak. 

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Masukkan sedikit air (boleh tambah jika inginkan lebih berkuah), cili sos, bawang besar dan kacang peas. Dikacau rata dan biarkan seketika, Siap untuk dihidang. 


Pesanan kasih Sayang :
Mesti cuba ya...boleh juga ajarkan anak-anak supaya resepi warisan ini tidak hilang walau penulisnya sudah tiada..... 





Ayam Sambal Berlada

Bahan-bahan: daging ayam 1 kg,  daun salam 3 lembar serai 3 batang, cuci bersih dan diketuk lengkuas 3 cm, diketuk...